Top posts

Featured Posts

Tiba masa Orang Asli tuntut hak


Walaupun Orang Asli merupakan golongan minoriti
kerajaan tidak sewajarnya meminggirkan nasib
180,000 anggota masyarakat yang masih ada.
KUALA LUMPUR: Jaringan Kampung Orang Asli se-Malaysia (JKOASM) menuntut ahli Parlimen bangkit dalam Dewan Rakyat mempertahankan hak keistimewaan mereka termasuk pemilikan tanah adat.

Penyelaras JKOASM Tijah Yop Chopil berkata, walaupun Orang Asli merupakan golongan minoriti kerajaan tidak sewajarnya meminggirkan nasib 180,000 anggota masyarakat yang masih ada.

Katanya, walaupun RM3 bilion diperuntukkan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) sehingga RMK10, namun mereka masih menjalani hidup yang sukar tanpa kemudahan asas yang mencukupi.


Malah hak pemilikan tanah adat semakin terancam apabila kerajaan sewenangnya merampas tanah mereka dan menggunakannya atas alasan untuk tujuan pembangunan dan perlombongan.

“Majoriti Orang Asli tidak tahu apa itu Parlimen dan fungsinya tapi bila disuruh mengundi Pilihan Raya mereka pangkah saja,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Dalam pertemuan itu turut hadir Ahli Parlimen DAP-Ipoh Timur Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Tian Chua (PKR-Batu), Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), dan Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah).

Sehubungan itu beliau mahu ahli parlimen mengambil serius dan memantau isu peruntukan tersebut namun sehingga sekarang masih belum dinikmati mereka.

Kedatangan JKOASM ke Parlimen itu juga sempena Persidangan Tanah Orang

Asli Semenanjung Malaysia di sini yang berlangsung selama empat hari bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog