Top posts

Featured Posts

Pemuda SAPP Buat Laporan Polis Warga Pakistan Miliki Kerakyatan dan Mykad Secara "Express"

Oleh: NATASYA ABDULLAH
KENINGAU: Kepimpinan Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan penyiasatan secara terperinci bagaimana seorang rakyat Pakistan boleh memperolehi kerakyatan negara ini termasuk MyKad secara “ekspress”.

Sedangkan warga Pakistan itu bernama Ihsanullah yang dilahirkan di Buner Pakistan datang ke Sabah pada tahun 2010 dan mendapat pas lawatan sehingga 6 september 2011 di mana selepas itu diluluskan permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan dimana kemudiannya mendapat MyKad 930105-76-5095  beralamat Kg Masjid Keningau.
Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi berkata demikian sejurus selepas beliau membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada Jumaat yang turut diiringi beberapa Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda SAPP Zon Pedalaman.

Tegasnya, beliau tidak tergamak untuk berpeluk tubuh mahupun terus berdiam diri apabila mendapat maklumat dengan bukti yang lengkap kerana isu kerakyatan songsang dan Kad Pengenalan kepada rakyat asing yang dianggarkan kira kira lebih 600,000 masih belum ada sebarang penyelesaian daripada kerajaan BN.

Mengejutkan lagi, tegas Rudy, kerakyatan Ihsanullah di Pakistan melalui daftar 15011-3358072-1 masih sah, tetapi bagaimana ia boleh menggunakan peraturan sehingga memiliki dua kewarganegaraan dalam satu masa yang sama.

Justeru, kita minta pihak berkuasa/berwajib untuk menjalankan penyiasatan kerana kemungkinan besar perbuatan seperti ini sudah berkembang luas.

Rudy menambah, beliau meminta pihak PDRM mahupun SPRM memberkas dalang yang bertanggung jawab menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini dan seterusnya memperolehi MyKad secara songsang dan dihadap ke muka pengadilan untuk didakwa mengikut undang undang yang ada dinegara ini.

“ Jika kegiatan ini tidak dibendung, boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Kita tidak ada jaminan negara ini bebas dari ancaman luar selagi masalah ini tidak diselesaikan sepenuhnya.

“ Walaupun pemimpin tertinggi BN itu sendiri pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut namun sehingga sekarang ia sekadar janji kosong,” tegas Rudy.

Banyak persoalan timbul yang meragukan bagaimana rakyat Pakistan ini boleh diluluskan permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan dinegara ini secara 'ekspress' sedangkan mengikut undang undang yang ada sekurang kurangnya pemohon telah mendiami negara ini tidak kurang daripada 10 tahun, tegas Rudy.

Sebagai rakyat negara ini, tegas Rudy lagi, diharuskan sama sama berganding bahu dengan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bertanggung jawab memastikan tidak ada rakyat asing dengan sewenang-wenangnya memiliki dokumen negara ini secara pemalsuan mahupun diperolehi dari 'pintu belakang'.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog