Top posts

Featured Posts

Ketua Pemuda UMNO Pinangah, Kinabatangan sertai STAR

Gambar dikepilkan menunjukkan James Ait
(kanan) dan Mandul (tengah)
TONGOD : Parti Reformasi Negeri (STAR) terus mendapat sambutan hangat rakyat di Pedalaman khasnya di Kinabatangan apabila seorang lagi penyokong kuat UMNO yang juga Ketua Pemuda parti itu di Cawangan Pinangah, keluar UMNO dan menyertai STAR.

Mandul Sintik, menyatakan keputusan beliau itu di hadapan pemimpin STAR Kuamut, James Ait dan beberapa penyokongnya dari UMNO yang turut keluar dan menyertai STAR pada suatu majlis di Pinangah dekat sini beberapa hari yang lepas.

Ait, yang juga Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah, ketika mengalu-alukan Mandul dan rakan-rakannya menyifatkan keputusan mereka sebagai amat berani dan telah mementingkan negeri dan masyarakat.

Mandul, yang juga ketua tuntutan NCR Pinangah dalam ucapannya berkata beliau telah dua kali ditangkap oleh polis ketika mempertahankan NCR masyarakat Tambanuo di Pinangah.

"Saya juga diaibkan bila dibogelkan di Balai Polis Kinabatangan, semata-mata kerana mempertahankan NCR Tambanuo di Pinangah. Ini adalah perbuatan penjajah..." katanya.

Mandul mendakwa beliau dan rakan-rakannya meninggalkan UMNO kerana menyedari parti Malaya itu hanyalah bertindak seperti penjajah dan tidak bersungguh-sungguh membela hak Tambanuo di Sabah.

Beliau juga tidak berminat kepada Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga dari Malaya, kerana takut keluar mulut UMNO masuk perangkap PKR.

Kataya beliau percaya kepada perjuangan pemimpin STAR dan berhasrat berjuang bersama-sama dalam parti itu di bawah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog