Top posts

Featured Posts

Pemimpin BN dan PR masuk STAR di Kuamut

TONGOD : Timbalan 1 Ketua Pemuda PBS bahagian Kinabatangan, Encik Lius Meliton, hari ini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PBS dan menyertai STAR. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Encik James Ait dalam satu upacara sederhana selepas mesyuarat persediaan pelancaran parti STAR peringkat Kinabatangan.

"Saya telah kehilangan keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai UMNO. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO gagal melaksanakan tanggung jawabnya terhadap rakyat.


"Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mempengerusi tuntutan NCR di kawasan Minusuh, saya merasa terbeban untuk memperjuangkan hak NCR bangsa kita. Parti-parti tempatan dalam BN gagal memperjuangkan hak Orang Asal walau pun mereka tahu, bahawa rakyatlah yang memilih mereka menjadi pemimpin. Parti STAR sedang dalam perjuangan itu, sebab itu saya memilih untuk berjuang melalui parti STAR," ujar Lius.

Turut mengambil keputusan menyertai parti STAR ialah beberapa orang pemimpin akar umbi parti dari PBS, PKR dan UPKO.

Mereka ialah ahli UMNO Encik Atee Jumpi, Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan Encik Damcha Ismail, mantan ketua ranting PKR Linayukan Jomisol Samun, Timbalan Bendahari PBS Kinabatangan Encik Maljum Harun dan Mohd Daud @ Dius Pipil, seorang Ketua Cawangan.

James Ait berkata STAR dan beliau sendiri mengalu-alukan penyertaan pemimpijn akar umbi berkenaan dan berharap lebih ramai Orang Asal akan menyertai STAR yang dipimpin oleh Datu Dr Jeffrey Kitingan.

Encik Maljum Harun, Timbalan Ketua Bendahari PBS Kinabatangan, menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah..

Encik Jomisol Samun, bekas Ketua Ranting PKR Kuamut Kinabatangan, menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah.

Encik Atee Jampi, ahli biasa UMNO Kinabatangan daripada Kg. Entilibon Asal, menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah.
Encik Mohd. Daud @ Dius Bin Pipil, Ketua Cawangan PBS Kg. Tanjung Bulat, Sinar Jaya Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah.

Encik Lius Meliton, Timbalan 1 Pemuda Bahagian PBS Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah.

Encik Damcha Bin Ismail, Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada Encik James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Chapter Sabah

3 comments:

  1. kanapa bukan katua bahagian star kuamut yg tarima burang keahlian itu? nempak sangat brita dan gembar ini ada 'aginda tersambunyi' daripada si anu hahahaa, sudah la bah, kau tidak juga kana lantik jadi calun tu, kau tingu sajah la dan kau makin rugih tu kalau kau buat macam inih..

    ReplyDelete
  2. kanapa c idword podok diam sajah?

    ReplyDelete
  3. Perjuangan yang telus bukanlah datang daripada keinginan atau kepentingan peribadi.saya melihat sendiri dan faham bagaimana persepsi masyarakat setempat khususnya di kg. entilibon asal sendiri. saya juga berasal dari kg. entilibon asal. terpulang pada pandangan dan pendapat saudara/saudari sekalian tapi, tolong jangan ajak masyarakat sabah amnya dan khususnya masyarakat DUN Kuamut ini tiba-tiba dirakyatkan di bawah negeri sarawak. tolong baca dengan teliti panduan dan arahan dalam daftar pengundi tersebut yang menyatakan hanya orang sarawak sahaja yang layak menjadi ahli/pengundi STAR. jadi, kalian cuba membawa kaum kadazan dusun ini menjadi rakyat
    sarawak? apa perjuangan kalian sebenarnya?jangan membawa suku kita terumbang ambing di kemudian hari. dan bagaimana anda membawa perubahan di negeri kita walhal Parti STAR itu sendiri tidak mendapat hati rakyat sarawak.lihatlah dunia sebenar...yang nyata.jangan main ikut dan masuk saja.

    ReplyDelete

Search This Blog