Top posts

Featured Posts

Rci, Peluang Untuk Nyatakan Pandangan

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok menasihatkan mereka yang menentang penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram dan dokumen kerakyatan palsu di Sabah menganggap RCI sebagai peluang untuk melahirkan pandangan mereka.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata RCI perlu bagi mencari penyelesaian terhadap isu pendatang haram yang lama berlarutan di Sabah.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Jadi setiap orang berhak menyatakan pandangannya.

"Pembentukan RCI adalah untuk menangani isu-isu yang menyentuh masyarakat dari segi hal-hal sosial, politik dan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penanam lada hitam di Penampang, kelmarin.

Dompok mengulas bantahan Kebajikan Islam Sabah dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Putra Ranau yang berpangkalan di Sandakan, mengenai penubuhan RCI.

Pekida Sabah, yang dipengerusikan ahli perniagaan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, berkata siasatan menerusi RCI akan mencetuskan kebencian dan perpecahan di kalangan kumpulan etnik di negeri ini, sementara Putra Rantau berpendapat RCI itu tidak berperlembagaan dan tidak adil.

Pada 13 Dis, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan raya telah bersetuju mengenai pelaksanaan 10 cadangan, termasuk penubuhan RCI. (BERNAMA)

2 comments:

  1. Bah, nanti kalau kamu sudah manang (PRU 13), jangan pula kamu pura-pura lupa itu isu PATI aaaaa.....

    (nanti sangsara lagi 5thn akan dtg)

    from urang ulu-ulu & bandaraya.....

    ReplyDelete
  2. ini upko dan dumpuk bukan buli harap.. cakap saja itu walhal hari2 dia orang makan duit haram sama kawan upko iaitu umno, mca s, pbs dan mic... tak begitu inche bunburing?

    ReplyDelete

Search This Blog