Top posts

Featured Posts

Najib: GST kemungkinan selepas PRU-13

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan Antarabangsa CEO Forbes di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.

“Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini. Persoalannya ialah tempoh masa yang sesuai.

“Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti. Apabila tiba masa yang sesuai, dalam masa terdekat, mungkin selepas pilihan raya umum akan datang, kita akan memperkenalkan GST,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog