Top posts

Featured Posts

Cukai Pendapatan Korporat Dan Individu Mungkin Dikurangkan

Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

azlan"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.

Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.

Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”

4 comments:

  1. Berita gembira utk syarikat2 dan individu yg berpendapatan tinggi kerana beban cukai tersebut akan dikenakan terus kepada pembeli/pengguna iaitu RAKYAT....sbg contoh lihat pada bil astro anda..siapa yg membayar CUKAI PERKHIDMATAN?

    ReplyDelete
  2. smua cukai pembeli n pengguna tanggung...pembekal tukang jual saja..haha..
    Yg kaya akan gembira bila cukai dikurangkan. Yg miskin, selama ni x pernah bayar cukai(org kampung yg undi BN) dh boleh rasa bayar cukai. Mesti gembira. Dah sama taraf dgn org kaya yg bayar cukai.

    ReplyDelete
  3. hahhaaha padan muka org bn sokong lagi ....sokong lagi.....BN BARANG NAIK

    ReplyDelete
  4. Binawe Najib - BNMay 11, 2011 at 2:22 PM

    BN ialah Barang Naik, Binawe Najib. Betul?

    Betul2 Najis..

    Rakyat Didahulukan Mati,
    Prestasi Menindas Terus Diutamakan...

    Undilah PBS dan UMNO lagi oke orang Borneo !

    ReplyDelete

Search This Blog