Top posts

Featured Posts

ROBEKNGAHKINI.NET Vs RAISKINI.NET


Saudara Pengarang,
SAYA juga salah seorang peminat portal Sabahkini.net dan amat tertarik untuk tumpang 10 minit sekadar memberi sedikit komen berhubung artikel skandal seks yg membabitkan seorang Menteri Kabinet Malaysia yang tersiar di Sabahkini.net sejak berapa bulan lepas.


Sebagai warga Malaysia, kita harus berdoa Mutalib M.D dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan panjang umur kerana beliau telah mengadakan portal Sabahkini.net untuk rakyat Malaysia menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin atau pegawai kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah; apatah lagi generasi muda sekarang tidak lagi membaca suratkhabar kerana mereka sudah tahu suratkhabar tempatan telah dikawal oleh kerajaan dan hanya menyiarkan topik bodoh sahaja.

Suratkhabar tempatan lebih banyak memaparkan iklan atau promosi kerana berita terkini atau suara hati rakyat telah ditapis beberapa peringkat sehingga menjadi hambar; berbanding berita yang disiarkan Sabahkini.net sekalipun surat pembaca.

Bagi pendapat saya, Portal Sabahkini.net tidak menyebelahi sesiapa dan jika ada artikel yang didedahkan oleh portal popular ini berhubung individu atau pegawai kerajaan, mereka harus memberi penjelasan kepada rakyat melalui Sabahkini.net juga dan bukannya bertindak di ‘luar tabii’ dengan menggertak atau menyaman ‘Suara Rakyat Sabah’ ini.

Kalau tidak bersalah, kenapa harus gentar untuk memberi penjelasan di Sabahkini.net jika isu yang didedahkan oleh Sabahkini.net adalah benar. Lebih baik diam sahaja jika tidak mahu dimaki pembaca sehingga mengambil ‘paku tumpul’ bercendawan untuk mengetuk dahi sendiri!

Bagi saya, tindakan menyaman Sabahkini.net adalah taktik sangat tidak berakal langsung dan tindakan seperti ini hanya ingin menakutkan atau gertak pada Sabahkini.net kerana jika Sabahkini.net diarah ‘tutup kedai’ hari ini dan saya pasti esok akan timbul lagi sebuah portal ‘Masakini.Net’ atau ‘Raiskini.net’ atau ‘Robekngahkini.net’ untuk menggantikan Sabahkini.net. 

Janganlah membuang masa dan wang untuk menggemukkan peguam kerana lebih baik didermakan sahaj kepada Rumah Anak Yatim atau membantu Sabahkini.net memperjuangkan kepentingan rakyat.

Untuk makluman individu yang memaki hamun atau yang ingin menyaman Sabahkini.net; sekarang Sabahkini.net bukan lagi ratusan ribu peminat malah puluhan juta peminat. Mungkin kalau menteri tersebut ingin berlawan dengan Mutalib M.D bertanding pada PRU13 akan datang, saya Mutalib M.D akan tetap menang dengan majoriti yang besar. Jika tidak percaya boleh cuba.

Akhirnya, kalau menteri yang didedahkan terlibat dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu Jenayah Rogol tidak melakukan jenayah berkenaan, maka sewajarnya beliau bersumpah di hadapan AL-QURAN untuk membuktikan pada rakyat beliau tidak bersalah.

Jika ‘Datuk T’ boleh cabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersumpah dan sewajarnya Mutalib M.D juga boleh mencabar menteri tersebut bersumpah laknat di hadapan AL QURAN di masjid. Jika tidak melakukan Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kenapa takut bersumpah?

Salam hormat.
ANTI ROGOL, ANTI HIPOKRASI

No comments:

Post a Comment

Search This Blog